Wednesday, August 25, 2010

PERTADINGNGAN BLOGGING 2010- ENTRI LIMA

Budaya Melayu
Hari Raya Puasa bermula melalui dua cara; iaitu melalui rukyah (melihat anak bulan) ataupun secara hisab(kiraan). Sekiranya melalui rukyah, apabila anak bulan kelihatan, ini menandakan bermulanya bulan Syawal, iaitu bulan ke-10 dalam Takwim Hijrah Islam. Di Malaysia, anak bulan akan diperhatikan oleh pegawai bertugas pada sebelah petang hingga waktu maghrib di beberapa tempat strategik.

PERTADINGNGAN BLOGGING 2010- ENTRI EMPAT

Bahasa Melayu
Gasing merupakan sejenis permainan yang boleh berputar pada paksinya, sambil mengimbang pada satu titik. Gasing merupakan permainan tradisional orang-orang Melayusejak dahulu lagi. Biasanya dimainkan selepas musim menuai. Permainan gasing dipertandingkan antara kampung. Pemenang dikira berdasarkan tempoh masa gasing mampu berputar.

PERTANDINGAN BLOG 2010 ENTRI KETIGA

Bahasa melayu


Baju kurung, Baju Melayu yang biasa di pakai di Malaysia dan negara serantau biasanya terbahagi kepada dua, iaitu baju Melayu potongan Teluk Belanga dan potongan Cekak Musang. Baju Melayu Teluk belanga biasanya lebih terkenal di selatan Malaysia sementara potongan Cekak Musang di kawasan tengah dan utara Malaysia. Potongan tersebut merujuk kepada cara jahitan pada leher baju tersebut, potongan Cekak Musang berbentuk seperti leher baju India hanya bahagian penutup atau rumah butangnya bertindan. Sementara potongan Teluk Belanga pula bahagian lehernya hanya di jahit secara sulaman. Terdapat berbagai bentuk sulaman yang dipadankan seperti Mata Lalat, Tulang Belut dan sebagainya.

Wednesday, July 28, 2010

PERTANDINGAN BLOG 2010

Bahasa Melayu

Sekarang saya akan berbincang tetang Keris. Keris ialah sejata untuk mempetahan kita. Bentuknya macam pisau tetapi ialah lagi tajam.keris berasal dari Kepulauan Jawa dan keris purba telah digunakan antara abad ke-9dan abad ke-14. Senjata ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu mata, hulu dan sarung. Keris sering dikaitkan dengan kuasa mistik oleh orang Melayu pada zaman dahulu. Antara lain, terdapat kepercayaan bahawa keris mempunyai semangatnya yang tersendiri.

Sunday, July 18, 2010

PERTADINGNGAN BLOGGING 2010- ENTRI KEDUA

MAKANAN TRADISIONAL MELAYU








Nasi sambal goreng. Makanan ini berisi sambal goreng,begedil dan ayam goreng. Nasi Lemak ialah makanan yang tekenal di singapura. Walaupun murah tetapi ia sedap.Nasi Lemak dimasak dengan santan dan daun pandan di masuk kedalam nasi supaya ia akan memberi aroma . Dalam makanan tersebut ada telur,kacang,ikan bilis dan ayam goreng.

Sunday, July 11, 2010

PERTANDINGAN BLOGGING 2010 - ENTRI PERTAMA

BUDAYA MELAYU


Saya ingin tahu tentang Budaya Melayu Kita di Singapura. Saya tidak tahu sangat tentang Budaya kita,cuma saya tahu tentang makanan melayu budaya kita. Seperti Mee rebus,Nasi lemak dan Longtong.


Permainan melayu yang saya tahu ialah congkak, congkak dimain dengan guli dan gasing pulak dimain dengan kawan-kawan. kuda kepang, Permainan kuda kepang merupakan salah satu permainan rakyat di negara ini. Jika di negeri Pantai Timur Semenanjung terkenal dengan permainan wau dan wayang kulit, kuda kepang pula mendapat tempat di hati rakyat Johor. Kehalusan seninya begitu terpelihara walaupun arus kemodenan begitu jelas dalam beberapa aspek kebudayaan.